Agnez Mo (album)

Agnez Mo (digayakan sebagai AGNEZ MO) ialah album ketujuh dan keluaran bahasa Inggeris pertama oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica yang kini dikenali sebagai Agnez Mo. Album yang menggunakan namanya sebagai judul album memperkenalkan nama pentas baru beliau, yang sebelum ini dikenali sebagai Agnes Monica. Ia pada asalnya dirakamkan sebagai CD demo beliau yang dihantar kepada syarikat rakaman di Amerika Syarikat untuk menjamin perjanjian rakaman untuk debut AS beliau. Walaupun trek adalah dalam bahasa Inggeris, dia memperoleh perjanjian dengan Indomaret dan Kopi Kapal Api untuk mengeluarkan trek demo untuk pasaran Indonesia sahaja. Album ini dikeluarkan secara digital pada 1 Jun 2013[1] oleh Entertainment Inc., melalui Souniq Music, aplikasi muzik baru di rantau Asia Tenggara.[2][3][4]

Agnez Mo (album)

Dikeluarkan pada 1 Jun 2013
Masa 37.41
Penerbit Tearce Kizzo
Dirakam pada 2011-2012
Genre Pop, Dance, Electronica, R&B
Syarikat Entertainment Inc.